Total Pageviews

Saturday, 11 June 2016

Cerpen: Rumah 155



Nama aku Aiman. Kalau nak diceritakan pasal seketul Aiman ini, mungkin akan memakan masa yang lebih panjang. Atau, lebih banyak muka suratnya daripada novel nukilan seorang Siti Rosmizah dengan ayat sepuitis Hlovate dan ianya tidak berbaloi sama sekali. Cukup untuk anda semua tahu yang dia punya satu cerita yang ingin dikongsikan tentang sebuah rumah sewa yang kami namakan sebagai Rumah 155.

2006

“Bang, saya nak order ais milo tabur taknak cincau satu.”

“Saya pun.”

“Bang, jus lemon ada tak sini?”

“Ada.”

“Kalau macam tu, bagi ais jagung satu. Dengan, air kosong.” pesan Diniy dengan muka yang selamba.

Meja yang kami duduk ini mulai riuh dengan gelak ketawa yang terbahak-bahak dek kerana berjaya mengenakan pelayan yang mengambil pesanan kami itu. Selepas mengambil pesanan kami bertujuh, pelayan SR Corner itu berlalu pergi sambil tersenyum melihat kerenah kami yang entah apa-apa.

“Bosan kan bila Aidil, Haikal dengan Ali takde. Selalu kita makan bersepuluh………… Rasa lain malam ni” Aku tiba-tiba teringat pada tiga lagi kawan serumah kami yang tiada pada malam itu kerana pulang bermalam di rumah keluarga masing-masing. Daripada bersepuluh, hanya tinggal kami bertujuh.

“Takpelah, nak dekat final ni… Biarlah dieorang nak spend time masa dengan family. Asyik tengok muka kau je, kalau hensem takpe… Ni macam durian busuk.” Meja itu kembali bising dengan sorakan dan siulan ketawa kawan-kawan syaitan yang aku ada.

Ada ke muka yang punya kacak ni mereka samakan macam durian busuk? Aku bermonolog sendiri untuk sedapkan hati.

“Lek ah Man, aku gurau je.” Rusydi meminta maaf. Aku hanya diam, malas hendak melayan.

“Dah dah. Korang ni pun suka sangat ni. Orang cakap kalau suka sangat, nanti menangis. Haa nanti jadi macam budak-budak rumah Ismat tu…..” Wafiy yang sedari tadi hanya tersenyum mengambil kesempatan yang ada untuk memberi tazkirah percuma malam Jumaat. Yalah, dia kan budak rumah kami yang paling tua dan merangkap abang long kami. Tak perlu cakap, memang dia yang paling matang di antara kami.

“Haah, aku pun ada dengar cite pasal rumah Ismat tu. Dieorang kena kacau kan? Tak silap aku lepas balik daripada kubur dekat Parit tu. Entah apa dieorang buat sampai kena kacau.” Khalid mencelah.

“Haaaaa, aku tahu apa yang jadi………”

Semua mata terarah ke arah Haziq Radzi. Atau, nama manjanya, Apek. Kenapa Apek? ClichΓ©, sebab dia punya wajah seputih orang cina dan matanya sepet. Mesti korang boleh bayangkan betapa kacaknya si Apek ni kan. Mestilah kacak, kalau tak….. macam mana boleh ramai adik junior tersangkut dengan dia.

“Cerita lah Apek. Kiteorang nak tahu jugak apa yang jadi.” Dekan sudah tidak sabar hendak mendengar.

“Cerita dia macam ni…”

Semua menumpukan perhatian.

“Macam yang ramai tahu, dieorang pergi kubur dekat Parit tu je kan… Sebenarnya tak. Malam tu, dieorang shoot pergi Istana Papan. Asalnya memang dieorang pergi kubur dekat Parit tu je. Bila dah sampai, dieorang lepak-lepak, hisap rokok pastu blah. Katanya, tak ada apa-apa pun dekat situ. Tu yang nak buat kerja gila pergi Istana Papan pukul 2 pagi tu. Dieorang masuk dekat salah satu rumah usang yang ada dekat sana pastu ada yang mulut celupar kata tak ada apa-apa dekat situ.”

“Jap, Istana Papan ni dekat mana eh?” Aku menyampuk. Semua mata yang fokus memandang Apek ketika itu terus teralih ke arah aku. Tajam.

“Macam pernah dengar nama Istana Papan ni dalam filem hantu Melayu tapi tak pernah tahu pulak tempat tu dekat dengan kita.” Aku menyambung bicara. Tiba-tiba, semangat ingin tahu dalam diri aku meninggi pulak malam tu. Macam-macam aku nak tahu.

“Potong stim betul lah kau…. Bagilah Apek habiskan cerita dulu.” Diniy naik angin. Berubah riak mukanya.

“Hak alah lepaklah brader. Aku tanya je kot.”

“Korang lepak boleh tak? Apek kau sambung cerita kau.” Wafiy menenangkan keadaan.

Apek menarik nafas seketika lalu terus menyambung “…… lepastu dieorang terus balik rumah. Silap besar lah. Orang kata bila dah pergi tempat-tempat macam tu singgah mana-mana dulu sebelum balik rumah, kalau tak….. ada benda lain ikut balik juga. Dieorang sampai rumah dalam pukul 4 pagi. Balik rumah terus tidur sebab masing-masing penat en. Lepastu, hampir seminggu jugak lah dieorang kena kacau. Dengar orang ketuk rumah pukul 4 pagi tapi bila bukak tak ada orang pun. Ada satu time tu, ada dengar orang ketuk-ketuk senduk dekat dapur tapi semua tengah tengok movie time tu. Dieorang dah tak tahan asyik kena kacau, terus panggil orang surau datang mengubat rumah. Pastu, baru okay balik.”

“Bapak seram sial kalau macam tu…..” Diniy bersuara sejurus Apek habis bercerita.

“Terus naik bulu tengkuk aku malam ni.” Rusydi menambah.

Selepas itu, makanan yang telah dipesan sampai di meja kami. Semua mula makan tanpa mengeluarkan satu pun patah perkataan. Masing-masing lapar sebab tak makan sejak pagi. Tengah- tengah bulan macam ni memang kami makan sehari sekali. Maklumlah, hidup student kan. Kenalah berjimat. Semua bergantung pada duit elaun bulanan saja. Nak kena bayar duit sewa rumah lagi, wifi lagi, bil lagi, service printing lagi. Hidup student ini memang banyak pakai duit. Nak tak nak, memang kena jimat.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Usai semua sudah menghabiskan makanan dan selesai membayar di kaunter, kami bergerak ke kereta. Kami hanya menggunakan dua kereta saja malam tu. Kereta Rusydi dan kereta Diniy.

Aku menumpang kereta Rusydi malam itu bersama Apek dan Dekan. Selebihnya, naik kereta Diniy. Sebelum pulang, Diniy sempat memberhentikan kereta di sebelah kereta kami. Dia membuka tingkap seperti ingin katakan sesuatu.

“Korang semua ada paper atau assignment tak nak hantar esok? Kiteorang tak ada paper rasanya sampai minggu depan.” Wafiy bertanya.

“Aku dengan Khalid tak ada assignment Fiy. Tinggal nak hantar assignment REDO je minggu depan. Kenapa Fiy?” Aku bertanya kembali kepada Wafiy.

Kemudian, Diniy pun bersuara. “Korang nak balik rumah terus ke apa? Pishang doh balik rumah, bukannya ada apa nak buat. Ali, Haikal dengan Aidil pun tak ada. Alang-alang tak ada apa nak buat, kita buat benda bodoh nak malam ni?”

Apek menyahut, “Istana Papan ke apa????!!!”

“Yeah you got me mayn. Amacam, semua setuju tak. Kalau korang taknak, kiteorang gerak satu kereta je.” Diniy bersuara kembali.

“Aku on je”

“Aku pun.”

“Aku tak nak duduk rumah sorang-sorang so aku pun on.”

“Yeah mayn, let’s go. Jumpa dekat pam minyak Tronoh.”

Setelah mendapat persetujuan semua, kami pun meluncur laju ke stesen minyak di Tronoh untuk mengisi minyak dan periksa angin tayar kereta. Nak pergi ke tempat yang macam ni, kena check semua. Kang jadi apa-apa dekat sana, haru pulak. Safety first bak kata orang putih.

“Aku rasa tak sedap hati lah. Kita dah lah tak solat Isyak lagi ni.” Dekan meluahkan perasaannya.

“Cakap jelah kau takut en. Tak yah nak kalut lah. Kita bukan kacau benda tu pun. Just nak tengok tempat tu je.” Kata Apek.

“Okay…………… Kalau jadi apa-apa, aku tak tanggung eh.” Dekan berkata lagi.

“Okay!” Satu kereta bersuara serentak dan terus ketawa. Muka Dekan sudah pucat. Dia hanya mendiamkan diri selepas itu.

Tiba-tiba, satu mesej di aplikasi whatsApp masuk. Aku masukkan kata laluan dan membuka mesej yang diterima. “Oh group je…………..” desis hatiku. Tapi jap………. Macam penting je.

Najwa: ADA PELAJAR SISWI KENA RASUK. Berderu darah naik ke kepala. Tiba-tiba, aku pun rasa macam tak sedap hati.

“Korang, kita cancel jelah pergi Istana Papan malam ni. Aku rasa apa yang Dekan rasa, tak sedap hati. Korang tahu tak malam ni ada budak asrama kena rasuk.” Aku cuba memujuk untuk membatalkan kerja gila yang kami bakal buat ini. Betul, memang rasa tak sedap hati. Rasa macam ada sesuatu yang akan terjadi kalau kami pergi tempat tu malam ini. Aku betul-betul harap benda ni tak jadi.

“Ala Man, tu budak asrama. Kita budak luar. Cmon lah, bukan selalu kita buat benda macam ni. Pastu, cuba kau fikir…… Kiteorang dah isi minyak pesemua ni pastu tetiba nak cancel sebab korang tak sedap hati. Tu je? The hell doh. Buat bazir je. Aku yakin lah takkan jadi apa-apa.” Rusydi cuba menenangkan aku. Betul juga kata dia. Kalau tiba-tiba kami cancel, apa kata yang lain? Lagipun, dah isi minyak kereta dah pun. Angin tayar pun dah check. Semua persediaan dah dibuat, tinggal nak gerak je.

“Kalau macam tu, kita gerak jelah. Aku okay.” Tutur bicara aku lemah. Rasa tidak sedap hati aku hakis jauh-jauh.

Sepanjang perjalanan kami hanya diam sahaja. Tiada siapa yang berani mengeluarkan kata-kata. Suasana ketika itu sangat janggal bagi aku. Hendak bersuara takut nanti bertekak. Tapi aku memang tak boleh ada dalam keadaan yang sebegini.

“Korang…………”

“Hmmm”

“Nak dengar satu cerita tak……. Aku tahu daripada akak senior kita. Pasal hantu dekat asrama siswi.”

“Kau ni Man, time-time macam ni lah nak cerita pasal hantu lah apa lah. Kau tahu tak satu cerita yang kau bukak pasal hantu, satu tapak hantu datang tau.” Dekan membantah.

“Cakap je lah kau takut.” Ujar Apek.

“Lantak koranglah. Aku dah warning…….” Dekan sudah malas melawan.

“Ok Man, kau sambung Man… Aku nak tahu gak. Ambil feel sebelum kita sampai ni hehe” kedengaran ketawa kecil di hujung kata-kata Apek.

Aku lihat Rusydi hanya mendiamkan diri, fokus ke arah jalan raya. Dekan pula sudah menutup mata, mungkin tidak mahu mendengar apa yang aku ingin ceritakan.

Aku menarik nafas dalam-dalam. “Cerita ni jadi dekat budak batch dua tahun lepas. Kalau korang nak tahu…. ada satu bilik dekat asrama siswi memang keras sebab kes senior kita dulu main Spirit of the Coin dalam bilik tu. K-4-13 tak silap. Nak dijadikan cerita, ada seorang budak perempuan ni… Nama dia Anna. She was psychotic. Dia ni suka bersendirian, sampai mintak nak duduk bilik sorang-sorang dekat felo. Malangnya, dia dapat bilik puaka tu. Satu malam, dia nampak ada benda bertenggek kat atas kipas……………………”

----------------------------------------------------------------------------------------------------

“Benda tu bertenggek je atas tu?” soal Dayah, satu-satunya orang kat Kolej Terbilang Gemilang (KTG) ni yang Anna boleh anggap sebagai kawan. Sekurang-kurangnya dengan Dayah dia boleh bercerita perihal yang menganggu dia sejak bulan lepas.

“Haah bertenggek je. Tak buat apa-apa pun. Tu yang aku boleh tahan sampai sebulan tu.” jawab Anna.

“Berani gila kau weh! Kenapa tak bagitahu aku awal-awal?”

“Kalau kau nak tahu awal-awal pun, kau nak buat apa? Bukannya kau nak teman aku pun. Kau tu penakut.” Sindir Anna.

“Betul jugak kan…” balas Dayah sambil menyengih. Sebab nilah Dayah boleh berkawan dengan Anna. Dia je yang tahan dengan perangai sound direct Anna ni. Kalau orang lain, dah terasa la, tarik muka la. Budak perempuan remaja zaman sekarang kan…. lagi-lagi tang period tu, lagi la senang hati tu nak terusik. Tu yang Anna malas nak layan. Jadi lone ranger lagi bagus.

“Minta lah tukar bilik,” cadang Dayah.

“Siapa je yang nak tukar bilik dengan aku….”

“Tulah kau. Tak reti nak bersosial. Time-time macam ni, kan dah susah.”

Anna mengeluh. Dia kena balik.

“Kau nak teman aku tak ni?”

Dayah diam. Berfikir. “Kalau benda tu muncul, aku cabut,” putus Dayah.

“Cabut lah…. Dia ikut balik bilik kau.”

“Anna!!!!!!”

Anna mengekek gelak. Tanpa tahu yang malam nanti dia takkan mampu gelak.

[MALAM]

“Apa kau buat lama sangat dalam bilik air tu? Kata nak tukar pad je?” soal Anna sekembalinya Dayah ke bilik malam itu.

Dayah tak jawab. Anna usha dia lain macam, lepas tu mengeluh.

“Kau buat lagi kan?” Soal Anna.

“Taklah!”

“Ye! Kau basuh pad kau, kan?”

Dayah terdiam. Hmph, betul lah tu.

“Dayah, kan aku dah cakap…. kau tak payah basuh pad kau la!”

“Tapi minggu lepas masa usrah, akak senior tu sound. Dia kata kalau tak basuh pad……..”

“Kalau tak basuh pad kenapa? Ada setan datang hisap darah kat pad kau, kan?” Anna meneka. Macamlah dia tak pernah kena ceramah sekali.

“Aah…..”

“Mengarutlah. Baik kau tidur sekarang sebelum benda yang bertenggek tu datang mintak pad kau.” Anna cuma ketawa kecil sambil mengeleng, lepas tu terkekek-kekek gelak bawah selimut. Selepas itu, kedua-duanya lena dibuai mimpi.

Malam itu, Anna terjaga. Kes dia terjaga tengah-tengah malam macam ni bukanlah satu perkara yang aneh. Tapi apa yang meyebabkan Anna terjaga, itu yang pelik. Kali ini bukan terjaga dek kehadiran hantu kipas tu tapi sebab bunyi lain.

Bunyi orang basuh kain.

Tapi persoalannya, siapa yang basuh kain malam-malam ni.

Siapa pulak basuh kain tengah-tengah malam buta ni. Dan kalau betul pun orang tu basuh kain, apahal pulak aku boleh dengar? Bilik aku dengan bilik air jauh kot! Anna bermonolog sendiri sambil macam-macam persoalan bermain di kepala menanyakan kenapa dan mengapa.

Anna bangun untuk melihat siapa yang membasuh kain malam-malam. Dia terlihat kelibat Dayah di luar tingkap yang terbuka sedikit. Kelibat Dayah tu membelakangi Anna dan dari gerak tubuh dia memang nampak macam tengah membasuh.

Siot betul minah ni, basuh pad tengah-tengah malam buta ke? Dah lah dekat tengah koridor. Tak malu ke orang tengok?

“Dayah! Dayah!”

Dayah tidak berpaling. Anna mendengus sambil melempar selimutnya ke tepi. Nak kena budak ni! Baru je Anna nak bangun dan menempeleng budak Dayah yang agak tengah mengigau tu, Anna sedar satu benda.

“What the……..? Dayah, not funny!”

 Screw this! Dayah kat sebelah aku, tengah nyenyak tidur. Habistu, siapa yang tengah basuh kain dekat koridor tu?

Pap! Anna terasa bahunya ditepuk.

“Kau ni pahal tak tidur weh!” ujar Dayah.

“Sorry, aku aku a aa aku…” Anna tunjukkan ke arah luar bilik. Ada lembaga yang persis Dayah memandangnya lama. Tajam.

“Dad a Dayah….. tu… tu…. kau nampak tak apa yang aku nampak?”

Dan Dayah tersenyum. “Nampak……”

Meremang bulu roma Anna. Apesal minah ni senyum?!

“Masalahnya kan, Anna………… kau rasa yang mana satu aku? Yang tu ke, yang ni?”

Anna terkejut. Perlahan-lahan dia palingkan kepala ke arah Dayah. Itu bukan Dayah tapi………………

Anna terus menarik kuat selimutnya dan tutup seluruh tubuhnya. Muka makhluk itu amat mengerikan. Sempat dia berzikir perlahan. Tiba-tiba, dia rasakan tiada orang di dalam bilik itu. Di tepi bantalnya, handphonenya berkelip-kelip tanda ada mesej masuk.

Dayah: Anna, aku tak kejutkan kau. Tapi aku balik bilik aku lah eh? Cuak pulak tetiba.

-------------

“……………………….. Lepas kejadian ni, si Anna tu terus keluar daripada kolej kita. Tak ada siapa tahu dekat mana dia sekarang. Dan bilik tu, dah jadi bilik sakit dah sekarang tapi sampai sekarang ni tak pernah ada orang yang guna bilik tu.” Aku habiskan cerita.

“Kira kuat lah dia kan. Boleh tahan sampai sebulan. Kalau aku tu, esok tu aku dah chaw. Tarak tahan ma….” Kata Rusydi yang sedari tadi senyap. Aku fikir dia tak dengar cerita aku, dengar rupanya…..

Tak sampai lima minit lepas tu, kami pun tiba di sebuah kampung Cina. Tepat jam 2.30 pagi. Seram betul kampung tu, dahlah gelap pastu sunyi. Macam dalam cerita The House of Wax. Hanya kelihatan beberapa orang tua berbangsa Cina yang tengah lepak minum teh cina. Orang-orang tua kat situ pun creepy nak mampus. Tengok kami macam nak makan je.

“Bapak creepy doh tempat ni.” Ujar Apek.

“Tengoklah orang-orang tua tu pandang kita macam askar jepun. Macamlah kita nak rompak kampung dia.” Rusydi menambah.

Tak, sekarang ni mana pergi Diniy dan lain-lain. Aku dah tak sabar nak balik dah ni.

Pon! Pon! Hon kereta dibunyikan di sebelah kami. Tingkap dibuka.

Apek menjerit, “Woi sakai, tak payah hon lah gila.”

“Hahahahaha lepak lah. Baru fun! Buat kecoh dekat kampung orang pagi-pagi buta ni rare tau. Amacam guys, dah ready nak masuk Istana Papan?!” Eksited betul si Diniy ni. Kami hanya mengangguk. Rasa tak sedap hati aku bertambah-tambah pula. Aku tengok Dekan di sebelah, diam tak bersuara. Biarlah dia layan jiwang sorang-sorang. Malas nak kacau.

Kami pun melusuri sebuah jalan kecil untuk ke Istana Papan itu. Akhirnya kami sampai. Aku lihat sebuah istana yang besar tapi sangat usang dan terbiar. Di situ juga terdapat dua buah rumah lama yang tidak berpenghuni. Tempat itu penuh dengan semak samun dan memang nampaknya, tak ada orang yang menjaga. Yalah, istana lama kan.

Tok! Tok! Tingkap di sebelah aku diketuk. Terkejut aku dibuatnya. Wafiy di luar, seperti meminta tolong. Aku segera buka.

“Guys, turun kejap. Kereta Diniy tersekat dalam selut dekat depan rumah tu. Tolong tolak jap.”

Masak. Kereta masuk selut pulak.

“Camni, biar aku dengan Apek keluar tolong. Aiman dengan Dekan tunggu dalam kereta. Jaga kereta. Kang jadi apa-apa susah.” Rusydi memberi arahan. Aku hanya mengangguk.

“Apek, jom!”

“Diy, bagi aku tinggal dalam kereta jelah. Kau pergi dengan Dekan.” Ujar Apek.

“Pulak…………. Takpelah biar aku pergi dengan Dekan. Dekan, jom!”

Selepas Rusydi dan Dekan sudah keluar daripada kereta, aku terus lock kereta.

Aku pelik melihat Apek. Dia macam tiba-tiba senyap. Kena sampuk ke apa budak ni.

“Woi Pek, kau kenapa?” Aku bertanya.

“Aku rasa aku nampak sesuatu dekat sebelah kereta Diniy. Tapi, tak sampai hati nak bagitahu dieorang. Nanti hilang mood pulak.” Jawab Apek. Lemah.

Pandangan aku terus teralih ke arah kereta Diniy yang tidak jauh daripada kami. Tak ada apa pun. Apek ni biar betul?

Tidak lama kemudian, Rusydi dan Dekan kembali ke kereta. Aku membuka semula lock supaya mereka boleh masuk.

“Kereta Diniy okay tak?” Tanya aku.

“Okay je. Just tersekat dalam selut. Cuma pelik, kereta dia macam berat gila waktu kiteorang tolak. Padahal semua dah keluar kereta.” Jawab Rusydi.

Aku menelan air liur. Entah-entah apa yang Apek nampak tu betul. “Tak tak, Apek salah nampak kot…” Aku cuba sedapkan hati.

“Kau cakap apa Man?” Dekan di sebelah menegur.

Aik, aku rasa aku cakap dalam hati. Macam mana Dekan boleh dengar?

“Eh tak ada apa hehe.” Selamba aku menjawab menyembunyikan rasa gusar.

“Eh dieorang keluar lah. Korang nak keluar tak?” Rusydi yang terlihat mereka yang berada di kereta Diniy semuanya keluar tiba-tiba bersuara.

“Jom lah keluar. Rugi lah dah datang tapi tak keluar.” Rusydi menambah lagi.

“Korang keluar lah. Aku duduk dalam kereta.” Apek kelihatan keberatan untuk keluar. Aku seperti tahu apa yang dia fikirkan sekarang.

“Lah asal pulak…. Jomlah keluar. Semua dah keluar tu. Cmon guys. Lepak jelah. Tak ada apa-apa jadi punya lah. Kita ada Khalid tu, budak sekolah agama. Kalau jadi apa-apa, dia boleh tolong. Korang risau apa? Jomlah.” Rusydi memujuk.

Diam. Suasana sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi cengkerik malam saat kami semua keluar daripada kereta. Kini, kami bertujuh benar-benar berada di hadapan perkarangan Istana Papan. Keadaan yang gelap gelita itu menyukarkan kami nampak dengan jelas. Nasib baik ada flash light dekat handphone masing-masing. Dapatlah juga kami menyuluh sekadar yang mampu.

“Besar jugak kan Istana Papan ni kan.” Wafiy berkata sambil menyuluh ke arah Istana Papan di hadapan kami.

“Haah, boleh tahan besar ni. Kalau buat kenduri ni, boleh muat jugak 5000 orang makan.” Khalid pula berseloroh.

“Korang!” Jerit Rusydi.

Semua mata fokus ke arah Rusydi.

“Kenapa Diy?” Diniy menjawab.

“Dalam rumah lama ini ada beduk doh. Aku teringin nak ketuk. Jom kita masuk.” Rusydi mengajak.

“Kau gila ke apa? Kita datang sini nak tengok je tau.” Apek membantah. Amat tidak bersetuju dengan cadangan Rusydi.

“Lepaklah. Kau taknak takpe lah. Aku ajak yang lain. Dasar penakut!”

Kali ni memang nampak Apek tak boleh tahan sabar. Janji lain, buat lain. Apek menghampiri Rusydi dan mencekak leher bajunya. “Eh bodoh! Kalau jadi apa-apa kau nak tanggung ke? Kau fikir kau hebat sangat lah kat sini. Jom lah one-to-one. Jom. Kita tengok siapa yang penakut.” Rusydi melibas tangan Apek. Kasar. Yang lain ambil peluang nak leraikan mereka.

“Dahlah tu Pek, Diy. Korang ni benda kecik pun nak gaduh. Kalau macam ni, kita balik je lah.” Wafiy cuba menasihati dan mengajak kami pulang. Tiba-tiba, terdengar salakan anjing yang sangat kuat seperti mengejar kami. Apa lagi, memang lintang pukang lah kami lari ke kereta.

Malam tu, nasib aku memang malang. Handphone aku tercampak ke bawah kereta semasa berlari tadi manakala yang lain sudah masuk ke dalam kereta. Cepat-cepat aku ambik handphone aku. Aku terpaksa membongkok sedikit kerana handphone aku jatuh agak jauh ke bawah kereta. Tetapi alhamdulillah, dapat jugak aku ambil.

Tiba-tiba, terasa seperti ada tangan lain yang memegang tangan aku. Masa ni memang rasa nak jerit tapi tak boleh. Aku dapat rasakan jantung aku berdegup kencang daripada biasa. Segera aku bangun dan cuba membuka pintu kereta. Kunci. Aku membuat isyarat tangan bahawa pintu kunci. Dekan yang membukakan untuk aku. Kami kemudiannya bergerak balik.

-----------------------

Sebelum balik ke rumah, kami singgah di kedai Mamak berdekatan rumah, Mamak Bistro sebab orang cakap kalau pergi tempat-tempat yang aneh dan terbiar ni, jangan terus balik rumah. Kena singgah mana-mana dulu. Lebih bagus kalau tempat yang ramai orang.

Setelah semua selesai memesan minuman, Diniy terus bersuara… “Amacam guys? Ada baik? Ada nampak apa-apa ke?”

“Diam lah kau Diniy, kereta pun tersangkut.” Usik Wafiy.

“Korang, aku mintak maaf sangat sebab emo tadi. Terutamanya Diy. Aku minta maaf doh. Se se se Sebenarnya aku nampak benda tadi.” Apek yang beku daripada tadi tiba-tiba bersuara.

“Kat mana?” Khalid bertanya.

“Masa korang tolak kereta Diniy tu, ada benda tengah bertenggek atas kereta Diniy. Tu yang buat aku tak nak keluar. Lepastu, bila si Diy ni ajak kita masuk ke dalam rumah lama tu….. Aku nampak ada kelibat dalam rumah tu. Tajam perhati kita. Ngeri teruk muka dia. Sumpah aku cuak beb!”

“Aku dah agak dah. Mesti ada benda dekat kereta Diniy tadi sebab masa kita nak tolak keluar selut tu…. Nokharom, berat!” kata Rusydi.

“Aku pun kena jugak………..”

“Kau kena apa Man?” Wafiy bertanya.

“Ingat tak masa kita berlari lintang pukang sebab dengar bunyi anjing menyalak? Masa tu, handphone aku jatuh bawah kereta Diy tau. Aku pun ambik lah. Tiba-tiba, aku rasa ada tangan lain pegang tangan aku. Terus aku ketuk tingkap nak masuk kereta.”

“Seram shit sial. Nasib baik kita balik cepat. Kalau tak, mesti macam-macam lagi jadi. Takpa geng, this is the first and the last kita buat benda macam ni. Lain kali jangan buat dah.” Kata Diniy.

“Betul tu.” tambah Wafiy.

Aku lihat Dekan di sebelah. Masih diam membisu.

“Dekan, kau okay tak?”

“Eh, aku okay.” Dia seperti menyembunyikan sesuatu daripada kami. Nak je aku tanya, tapi mungkin bukan masa yang sesuai kot.

Handphone aku berkelip menandakan ada mesej masuk. Aku buka dan baca. Group rumah 155.

Aidil: Guys, kiteorang balik malam esok tau. Jangan kunci pintu sebab kiteorang tak bawak kunci rumah.

Aik, awal betul dieorang ni balik. Esok bukan ada paper pun. Hm, mungkin ada benda penting kot. Study group ke.

Selepas menghabiskan minuman dan membayar di kaunter, kami terus balik ke rumah.

-------------------

Pukul 3 pagi. Aku masih tak dapat nak lelapkan mata ni. Nak kata panas, dah sehari bumi Seri Iskandar ni hujan. Nak kata banyak assignment, tak juga. Yang bermain di kepala otak aku sekarang ni ialah peristiwa semalam. Masih terasa tangan aku dipegang. Sumpah, seram gila!

Aku tengok Khalid di bawah sudah terbongkang dengan controller di dada dan aplikasi FIFA di laptop yang masih menyala.

Dia ni main game sambil tidur ke apa?

Lantak kau lah Khalid. Sekarang ni, aku haus tiba-tiba. Rasa macam jauh pulak nak ke dapur. Bagaimanapun, aku gagahkan juga untuk bangun. Pintu peti ais aku rapati dan dibuka elok. Sebotol air mineral sejuk aku capai dan dituangkan ke dalam gelas. Alangkah leganya apabila air itu diteguk. Ahhhh………………..

Tok! Tok! Tok! Aku terdengar bunyi pintu rumah diketuk.

Aik, siapa pulak yang datang pukul 3 pagi ni.

Aku bergegas ke pintu utama rumah dan sliding door dibuka perlahan. Oh Aidil, Ali dan Haikal dah balik.

“Laa korang rupanya. Bukan nak whatsapp dulu ke apa, buat cuak aku jelah. Ingat siapa lah yang ketuk rumah tadi. Eh jom masuk…” Satu persatu aku salam. Tangan mereka sejuk. Mesti dah lama duduk luar rumah ni.

“Sorry lah Man, kami pun masing-masing bateri habis, data habis. Jadi, tak sempat nak whatsapp dulu tadi.” Jawab Aidil.

“Ohhhhhh…………….. Habistu, korang balik naik apa tadi? Aku tak nampak pun kereta kau dekat depan rumah tadi.”

“Kami balik naik ni sedara Haikal hantar daripada stesen ETS Batu Gajah. Aku memang tak bawak kereta sebab nak habis semester dah kan. Jadi, aku ulang alik ke kolej naik Rusydi atau Diniy lah kot. Kami kan sama kelas.” Jawab Aidil lagi.

Aku lihat mereka balik dengan tangan kosong. Maksud aku, tanpa beg dan lain-lain. Pelik. Tapi biarlah. Mungkin beg yang dieorang bawak balik haritu yang memang nak hantar balik rumah kot.

Selepas menutup pintu dengan kemas, aku bergerak ke bilik. Aku cuba untuk tidur dan akhirnya, terlelap.

-------------------

Kipas.

Dekan cukup benci dengan kipas. Satu, sebab dia jenis tak tahan sejuk. Ye, Malaysia ni panas. Tapi dia rasa dia boleh hidup tanpa kipas. Dua, semenjak balik daripada Istana Papan haritu, dia susah nak tidur.

Semuanya gara-gara nak buat benda bodoh.

Ini malam pertama dia tidur dalam bilik tu tanpa ada Apek, Aidil dan Ali sebab semua memilih untuk lepak dekat ruang tamu. Nak tengok movie kata mereka. Takpalah, dia pun dah biasa tidur seorang sebab roommate semuanya kaki lepak.

Malam itu Dekan dah bersiap-siap nak tidur. Tak cukup dengan baju panjang, Dekan tarik selimut walaupun tak pasang kipas. Kan dia dah cakap, dia tak perlukan kipas. Baru je Dekan tarik selimut, dia terdengar……

“Tak panas ke…..”

Dekan pandang kiri dan kanan, kalau-kalau ada orang masuk bilik tu. Dia bukak tingkap. Kosong, takde orang. Dekan tidur balik.

Tiba-tiba Dekan rasa berangin. Dia pandang ke siling. Sah, kipas berpusing! Padahal tadi dia tak on pun. Ada orang main-main dengan dia ke ni? Dekan bangun dan keluar. Di ruang tamu, semua tengah terbongkang tidur. Nyenyak. Dia masuk bilik balik. Masa nak masuk tu, dia terpandang suis kipas.

Tutup. Tapi kipas masih berpusing. Laju.

Apahal ni?

Dekan tekan suis kipas. Bukak. Tutup. Bukak. Tutup.

Kipas masih berpusing laju. Jantung Dekan pun laju jugak. Dekan tak tahu nak keluar daripada bilik tu ke, atau buat derk je. Alah, setakat kipas berpusing….. takpelah kot. Entah-entah wayar dia salah pasang ke, apa ke.

Dekan kembali ke katil. Sekali lagi dia tarik selimut. Dan selimutnya ditarik ke bawah.

“Tak panas ke……….” Suara tu datang lagi!

Dekan tak berani nak pandang hujung katil, tempat yang dia rasa ‘benda’ tu tarik selimut dia. Jadi dia pandang ke atas. Siapa nak sangka ‘benda’ tu bertenggek kat kipas! Apa lagi, Dekan pun cabut lah daripada bilik tu. Dia tidur dekat ruang tamu dengan yang lain.

------------------

“Nah Presiden, your copy.” Kata Najwa, merangkap Timbalan Presiden aku dekat Kolej Terbilang Gemilang tu sebagai Wakil Pelajar. Kami ada event yang terdekat yang memerlukan kami mempersembahkan sebuah teater muzikal.

“And Man, Juwa balik dulu tau. Ada assignment lah nak hantar esok.”

Aku hanya mengangguk. “Terima kasih.” Dan Najwa pun berlalu pergi meninggalkan aku seorang dalam dewan utama kolej malam tu.

Aku mengambil skrip yang diberi dan duduk di kerusi. Aku menyelak skrip yang tertera nama ‘Mawar Berduri’ sebagai penulisnya. Memang kami ada membuat hebahan tentang sesiapa yang ingin memberi idea untuk teater baru kami, boleh menulis skrip penuh dan serahkan kepada kami. Ini kali kedua aku dapat skrip daripada penulis bernama pena ‘Mawar Berduri’ ni. Kedua-dua skrip dia bagus. Hairan, kenapa penulisnya tak mahu dikenali. Mungkin belum lagi atau psikologi penulis macam dia ni, setelah beberapa kejayaan barulah ada keyakinan diri. Kot. Entahlah, malas pulak aku nak fikir.

“Yo” Bahu aku ditampar seseorang. Terkejut aku dibuatnya. Aku nampak Ali menarik kerusi yang terdekat dan duduk di sebelah aku.

Aku mengangkat muka sedikit, kemudian kembali meneliti skrip. “Amboi termenung jauh nampak sampai aku datang pun tak perasan. Cerita apa kali ni.” Tanya Ali.

“Cerita hantu.” Balas aku, ringkas.

“Hah cabaran tu. Macam mana nak buat special effects.”

“Tu yang aku tak tahu tu. Dah 2 malam tau aku tak boleh tidur sebab baca pasal cerita hantu dekat google. Sebab nak dapatkan feel tu….. Tapi aku tak sedap hatilah Ali.”

“Laa asal pulak?”

“Sejak kebelakangan ni, macam-macam jadi dekat rumah kita tu. Ada satu malam tu, aku keluar nak hisap rokok dekat luar. Aku nampak Haikal tengah main laptop dekat sofa. Aku pun tegurlah dia macam biasa. Dia tak menjawab. Dia diam je. Khusyuk sangat tengok laptop. Aku pun malas lah nak layan. Pastu tetiba aku rasa nak terkencing. Aku pun pergi lah tandas belakang. Berkunci. Aku pun ketuk lah nak suruh cepat sebab aku tak tahan sangat. Yang buat aku terkejut, yang dekat dalam tu Haikal. Dia suruh aku tunggu sebab dia sakit perut. Habistu, yang dekat sofa depan tu siapa?!!!”

“Kau tak check siapa dekat depan tu?” Tanya Ali sambil tersenyum.

“Aku pergi depan lepas tu. Tengok takde siapa dah dekat sofa tu. Haih.” Aku mendengus perlahan.

“Ala perasaan kau je tu.. Sebab banyak sangat baca cerita hantu.” Ali gelak lagi.

“Tulah. Ayat tu yang aku guna untuk sedapkan hati. Eh jom balik, dah pukul 1 pagi ni. Bising pak guard tu karang. Kau naik apa ni?”

“Aku tumpang kawan aku tadi. Tapi aku rasa dia dah balik kot. Aku naik dengan kau jelah. Boleh?” Ali meminta izin.

“Eh boleh. Aku memang nak kau teman. Cuak bodoh nak lalu depan kuarters lama tu. Dahlah gelap.”

“Ala penakut cakap penakut.” Usik Ali.

Aku tidak menjawab. Aku berlalu ke belakang pentas untuk menutup penghawa dingin. Kemudian, kami berdua terus bergerak ke tempat parking motor dan bertolak balik.

Sampai di pondok pengawal, aku angkat tangan tanda hormat dekat pak guard yang berjaga pada malam tu. Tapi malangnya pak guard tu tak balas balik pun. Dah lah tak balas, pandang pelik pulak tu. Alahai.

“Kerek betul pak guard tu.” Ngadu aku pada Ali.

“Ala biasalah tu, pak guard baru kan. Kenalah tunjuk garang  sikit.” Ali memujuk.

Betul jugak tu. Takpelah, biarlah dia.

Aku terus memecut pulang ke rumah. Tak sabar nak jumpa katil. Penat.

--------------

Jam di dinding terus berdetak ah………….. Dup dap dup dap.

Lagu Pencuri Hati nyanyian Ayda Jebat dimainkan oleh Khalid. Suka betul dia dengan Ayda Jebat. Aku syak semua lagu si penyanyi gedik ni ada dalam handphone dia. Telinga aku rasa nak bernanah asyik dengar lagu ni je.

“Khalid.”

Aku panggil sekali. Tidak diendah.

“Khalid.”

Tidak diendah lagi.

“Khalid!!!”

Khalid memperlahankan sedikit volume lagu dan menyahut, “Yo!”

“Aku nak minta tolong ni.”

“Tolong apa?”

“Tolong jangan nyanyi lagu Ayda Jebat tu dah. Aku nak buat kerja ni pun takde mood.”

“Hahaha lepaklah……Okay okay aku stop.”

Lagu itu ditutup dan Khalid terus bangun. Pintu dibuka.

Eh, takkan merajuk kot!

“Eh merajuk ke Lid?”

“Haha taklah. Aku nak keluar pergi 7 Eleven kejap. Kau nak pesan apa-apa ke?” jawab Khalid.

Nasib baik. Aku ingat merajuk tadi.

“Belikan aku redbull satu. Roti gardenia satu. Balik aku bayar.”

“Alright.” Kata Khalid lalu terus keluar daripada bilik itu.

Aku baring. Satu bantal diletakkan di atas perut dan laptop diletakkan ke atas bantal itu. Lantas, aku menyambung membuat assignment yang tertangguh kerana terganggu dengan lagu Ayda Jebat tadi. Soalan assignment aku jenguk sekilas lalu segala isi yang ada dalam kepala otak ini dicurahkan dengan sebaik mungkin.

Sedang aku fokus membuat assignment, pintu dikuak daripada luar.

Siapa pulak tu?

Aku lihat Khalid masuk ke dalam bilik. Mukanya pucat. Seperti baru lepas dikejar hantu.

“Eh, kata tadi nak pergi 7E. Cepat betul balik.”

Khalid meraub mukanya. Menenangkan diri. “Tak jadi Man.” Jawab Khalid, ringkas dan jawapan ringkas itu menimbulkan tanda tanya buat aku.

Apa jadi budak ni?

“Asal ni Khalid. Tadi okay je. Sekarang muka kau pucat sangat. Lepastu kata nak pergi 7E, tak jadi pulak. Cuba kau cerita apa jadi ni sebenarnya.” Tanya aku, prihatin.

“Tak ada apa-apa.” Lemah.

Aku dah agak dah. Ni mesti……………….

“Kau nampak benda?”

Khalid mengangkat mukanya seperti terkejut lalu menjawab. “Aah.”

“Apa yang kau nampak?”

“Tadi masa aku nak bukak sliding door… Aku nampak Aidil dekat luar. Dia duduk atas kerusi malas tu. Tapi lepas aku bukak pintu tu, dia tak ada. Aku mencari-cari jugalah mana dia. Aku yakin yang aku tak salah tengok. Memang ada Aidil dekat kerusi tu. Tiba-tiba, aku nampak Aidil kat tengah jalan. Jalan yang ke arah rumah Adham tu. Aku cuba bukak pagar. Tapi pagar kunci. Pelik jugak macam mana Aidil keluar tadi. Aku jerit nama dia tapi dia tak menyahut. Aku paling ke belakang. Aku nampak satu lembaga hitam tinggi tengah pandang aku. Tu yang aku cabut balik masuk dalam ni.” Panjang lebar Khalid bercerita.

“Tak ada apa-apa tu. Sekarang ni kau cuba tidur. Mungkin penat sangat ke. Petang tadi kan ada training bola tampar.” Aku cuba menenangkan.

“Agaknya lah. Aku tidur dulu Man.”

“Okay.”

Aku menyambung membuat assignment tapi niatku terbantut kerana terdengar sesuatu di dapur. Sangat jelas kerana bilik kami memang dekat dengan dapur. Tapi, apa yang aku dengar ni pelik. Macam ada orang tengah potong bawang.

Tiba-tiba Khalid bersuara, “Kau dengar apa yang aku dengar Man?”

Aku mengangguk.

“Kau cuba check siapa yang potong bawang tu Man. Aku follow belakang.” Khalid membisik. Nampak benar rasa seram di mukanya.

Aku pun bangun. Pintu dibuka perlahan. Khalid ikut di belakang.

Tak ada apa-apa pun. Dapur pun kemas. Tak ada kesan atau tanda orang potong bawang pun. Desis aku dalam hati.

“Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh.”

Aku terdengar bunyi orang menjerit di bilik Dekan. Kami terus berlari ke bilik itu. Cemas. Ahli rumah yang lain juga ada di situ. Terjaga agaknya. Alangkah terkejutnya apabila lihat Dekan sudah lain wajahnya. Pucat. Dan matanya terbeliak.

“Kenapa ni….” Tanya aku.

“Entah lah Man. Tadi waktu kiteorang masuk bilik ni pun. Dia dah macam ni.” Jawab Rusydi.

Aku lihat Wafiy merapati Dekan dan mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Badan Dekan dipegang dan diurut perlahan. Tak lama kemudian, Dekan berteriak dan meracau. Sakit……………Sakit…………… Sakit…. katanya. Ada sesetengah ketika, dia seperti bercakap dalam bahasa Arab.

“Pegang dia!” Arah Wafiy.

Kami berlima hanya menurut. Badan Dekan dipegang kuat supaya tidak terlepas. Wafiy mengambil air yassin di biliknya dan air itu direnjis ke atas badan Dekan. Apa lagi, menjerit lah budak tu. Wafiy menuang sedikit air yassin itu ke tangan kanannya dan diraub pada wajah Dekan. Menjerit lagi.

“Semua baca surah Al-Fatihah sama-sama. Budak ni dah kena rasuk ni.” Arah Wafiy lagi.

Kami pun sama-sama membaca surah Al-Fatihah. Satu persatu ayat surah itu dibaca. Aku lihat Wafiy terus menekup wajah Dekan dan tangannya dibawa ke atas kepala Dekan. Setelah kami habis membaca ayat yang terakhir, tangan Wafiy disentap seperti mencabut sesuatu daripada akar. Dekan berteriak sekuat hati dan ………………………………

Dia pengsan.

Wafiy memberi isyarat supaya kami melepaskan dia. Lega. ‘Benda’ tu dah keluar daripada badan dia.

“Apa yang jadi sebenarnya Fiy? Kenapa dia tiba-tiba jadi macam ni?” Tanya Diniy.

“Dia kena rasuk. Ada benda masuk dalam badan dia. Aku tak tahu daripada mana tapi bukan biasa-biasa.” Jawab Wafiy. Tenang.

“Sebab kita pergi tempat tu ke Fiy? Atau sebab rumah kita?” soal Rusydi. Nampak riak risau di mukanya.

Tiba-tiba Apek mencelah, “En Hashim kata haritu rumah ni tak ada apa-apa. Mustahil lah. Memang sebab kita pergi tempat tu!”

“Sejak kita balik daripada tempat tu, macam-macam jadi. Aku hampir seminggu tak boleh tidur. Asyik nampak benda yang bukan-bukan. Aku fikir aku seorang. Rupanya Khalid pun nampak. Baru tadi. Tapi haritu, kita dah singgah dekat Mamak kan. Asal benda tu ikut sampai rumah. Aku dah tak tahan. Aku betul-betul dah tak tahan.” Ngadu aku.

“Bertenang semua.” Wafiy bersuara.

“Dalam keadaan yang macam ni, kita kena banyak bersabar. Jangan cepat kalut. Ini mungkin balasan kita sebab kacau tempat dia. Cadangan aku, apa kata esok kita panggil orang surau datang ruqiahkan rumah kita ni?” Tambah Wafiy.

Aku hanya menunduk. Tak sanggup nak hadapi semua benda ni lagi.

“Kalau kita tak pergi tempat tu haritu, mesti benda macam ni tak akan jadi.” Tegas aku.

“Sabar Man…. Betul cakap Wafiy, esok kita panggil mereka yang pakar dalam hal ni untuk ubatkan rumah kita. Inshaa Allah, keadaan akan kembali seperti sedia kala.” Pujuk Khalid.

Malam itu, kami semua tidur di ruang tamu. Semua. Tiada seorang pun yang terkecuali. Walaupun tidur aku tidak lena tetapi mata dipejamkan saja. Takut betul aku nak bukak. Kalau nampak ‘benda’ lain lagi…. Haru!

-------------

“Baik Ustaz, faham.”

Apek memutuskan talian.

“Macam mana Apek, Ustaz tu jadi datang?” soal Wafiy.

“Jadi, lepas Isyak dia datang dengan orang surau. Dia pesan suruh jaga diri.” Jawab Apek.

Wafiy kelihatannya hanya mengangguk tanda faham. Yang lain, hanya duduk di sofa.

“Korang……” Tiba- tiba, Dekan bersuara.

“……. Aku minta maaf.” Ucapnya lagi.

“Eh asal pulak kau nak minta maaf? Kau ada buat salah ke?” Tanya Diniy.

“Sebenarnya waktu kita pergi Istana Papan tu, aku ada terambil sesuatu. Keris ni. Aku jumpa dekat dengan rumah lama tu. Aku fikir kalau aku ambik, tak akan ada apa-apa yang akan terjadi. Rupanya, aku jadi punca korang semua kena benda-benda macam ni. Memang salah aku! Memang! Memang….. Aku minta maaf. Aku. Minta. Maaf.” Terdengar esak di hujung kata Dekan.

“Astaghfirullah al azim Dekan. Kenapa kau tak bagitahu kiteorang awal-awal?” Tanya Wafiy sebelum keris kecil di tangan Dekan diambil. Keris kecil itu dibelek.

“Aku takut korang marah……”

Aku lihat Apek mendekati Dekan dan dushhhh…..

Muka Dekan ditumbuk.

“Aku dah agak dah! Aku dah agak…. Kau memang sorokkan sesuatu daripada kiteorang! Sebab tu bila balik daripada tempat tu, kau senyap je. Bila kiteorang ajak tidur luar, kau taknak. Rupa-rupanya, kau sorokkan sesuatu daripada kiteorang. Kaulah punca semua benda ni jadi. Semua sebab kau tau. Semua. Bodoh!” Apek melepaskan amarah.

Tak suka betul tengok gaduh-gaduh macam ni. Shit.

“Korang boleh tak jangan bergaduh! Tak kira salah siapa sekarang ni, kita kena cari jalan keluar daripada masalah ni bukan menambahkan! Sekarang ni kita tunggu je Ustaz tu datang dan pulihkan rumah kita balik. Itu je. Aku nak hidup macam dulu! Bukan macam ni…..” Rasa marah, serabut, semak semuanya bercampur. Sebal betul dengan semua yang terjadi ini.

“Assalamualaikum….” Ada orang bagi salam di luar. Pantas, Wafiy membuka pintu dan muncullah seorang lelaki berjubah putih di muka pintu.

Ustaz tu dah sampai.

“Jemput duduk, Ustaz.” Ajak Wafiy.

“Terima kasih. Maaf ya Ustaz tak boleh datang awal macam yang diminta. Ada jemputan ceramah dekat surau tadi. Tak sampai hati pulak Ustaz nak tolak…..” ujar Ustaz itu.

“Takpa Ustaz. Ustaz datang ni pun kami dah bersyukur.” Bilang Wafiy selaku yang paling tua antara kami. Yang lain hanya memerhati.

“Sekarang ni cuba cerita pada Ustaz apa yang jadi sebenarnya. Ustaz akan bantu semampunya.”

Wafiy pun mula menceritakan apa yang terjadi daripada mula sehingga ke hari ini. Tiada satu pun yang tertinggal. “…………… dan ini kerisnya Ustaz. Kami sangat berharap Ustaz dapat tolong kami dan rawat rumah ni. Sejak kami balik daripada tempat tu, rumah ni sering diganggu. Kami dah tak tahan Ustaz. Bantu kami.” Wafiy menghabiskan kata-katanya dengan nada merayu. Aku seakan faham dengan apa yang Wafiy rasa.

Ustaz mengambil dan membelek keris kecil yang diterima daripada Wafiy. Kemudian, dia mengangkat tangan kanannya ke atas. Mulutnya terkumat-kamit seperti membaca sesuatu. Matanya ditutup. Kami semua fokus melihat setiap gerak-geri Ustaz itu.

Ustaz membuka mata dan berkata, “Keris ini tiada apa.”

Haaa?!!!

“Habistu Ustaz? Apa yang menganggu kami selama ni? Sebab apa?” Tanya Diniy. Di benak fikiran aku juga ingin menanyakan soalan yang sama dan aku yakin yang lain juga sedemikian.

Ustaz melihat kiri dan kanan seperti mencari sesuatu sebelum bertanya. “Semua ahli rumah ada di sini?”

“Sekarang ada tujuh saja Ustaz. 3 orang lagi keluar sejak Maghrib tadi. Ada kerja nak diselesaikan kata dieorang. Tapi sejak kebelakangan ni dieorang memang jarang ada dekat rumah. Kadang-kadang pukul 2 3 pagi baru nampak. Sibuk agaknya.” Jawab Rusydi. Betul kata dia. Ali, Aidil dan Haikal memang jarang ada di rumah sekarang. Asyik keluar je. Mungkin sibuk dengan assignment group.

Tiba-tiba, pintu diketuk kuat. Bertalu-talu. Khalid ingin pergi membuka namun pantas ditahan Ustaz. Dia sempat memberi isyarat menyuruh kami senyap.

Kenapa dengan Ustaz ni? Aku dah mula tak sedap hati.

Dia terkumat-kumit membaca sesuatu. Dan……..

PRANG!!! Terdengar bunyi benda jatuh di dapur. Semua mata tergerak ke arah dapur. Aku dah mula seram sejuk. Tangan Rusydi dan Apek aku pegang kuat.

Tiba-tiba, kipas ruang tamu yang sedari tadi terpasang berhenti. Lampu terbuka dan tertutup. Kami semua sudah berpegangan antara satu sama lain. Keliru dengan apa yang berlaku. Dalam masa yang sama, cuak. Maksud aku, sangat cuak.

Dekan melepaskan pegangan. Dia cuba pergi ke arah dapur. Ustaz menahan. Dia sempat menyuruh kami pegang Dekan supaya tidak lari. Dekan seakan disampuk.

“Mereka bukan kawan kamu! Itu roh-roh yang tidak tenang.” Ujar Ustaz.

Aku pelik. Siapa yang Ustaz maksudkan itu? Bukan kawan-kawan kami?

Tiba-tiba, gambar portrait rumah kami yang diletakkan di dinding jatuh. Bingkai dan cerminnya pecah berderai. Gambar itu kami ambil semasa bercuti di Cameron Highlands pada semester lepas.

“Wahai syaitan yang direjam, jangan kamu ganggu anak-anak Adam ini! Akan aku binasakan kamu dengan kuasa Allah!!!” Kata Ustaz itu. Kepada siapa itu, aku tidak pasti.

Ustaz itu menyambung dengan membaca Ayat Kursi diikuti surah-surah yang tertentu. Kami hanya mengikut perlahan.

Prang! Tingkap di ruang tamu terbuka. Angin yang kuat daripada luar masuk.

Ustaz itu berhenti membaca.

“Ada siapa-siapa di antara kalian yang membuka pintu rumah pukul 3 atau 4 pagi selepas balik daripada tempat tu?” Soal Ustaz. Tegas.

Itu aku. “Saya Ustaz.”

“Ada mereka bagi salam.”

Aku cuba mengingat. “Tiada Ustaz.”

Tiba-tiba aku terlihat tiga lembaga hitam datang daripada dapur. Fikirku hanya aku seorang yang nampak tapi apabila melihat Apek, Rusydi dan Diniy juga mengerutkan dahi, aku yakin bukan aku seorang saja yang nampak. Wajah mereka mengerikan dan nampak seperti marah. Sebelum sempat lembaga-lembaga itu sampai dekat dengan kami, Ustaz itu menghala tangannya ke arah mereka dan membacakan sesuatu.

“Ini bukan tempat kau lagi! Baliklah ke tempat kau. Budak-budak ni tak ada salah. Jangan ganggu mereka!”

“Oh kamu semua degil ya……. Aku akan gunakan cara kasar.”

“Anak-anak, ikut Ustaz membaca surah Al Fatihah, Ayat Kursi dan 3 Qul. Walau apapun yang terjadi, jangan berhenti membaca.” Arah Ustaz.

 Kami patuh. Angin semakin kuat di luar, menambah seram dalam diri kami. Ya Allah, kau cepatkanlah semua ini. Aku dah tak sanggup. Doa aku dalam hati.

Sampai ayat yang terakhir…. Zup! Terasa ada kelibat yang berlalu di sebelah kami dan terus keluar ke tingkap. Angin mulai reda. Tiada lagi lembaga-lembaga hitam di hadapan kami.

Ustaz itu menarik nafas lega. Seperti semuanya sudah selesai.

“Ustaz, apa semua ni? Apa yang jadi sebenarnya? Apa yang kami nampak tadi?” Tanya Diniy bertalu-talu.

Ustaz hanya diam dan tunduk.

“Ustaz?” Diniy bersuara lagi.

Kami hanya menunggu jawapan.

“Jawapan itu ada pada kamu.” Ustaz tunjuk pada Apek.

Apek seperti sedang berfikir. Kami juga keliru tentang apa yang cuba Ustaz nyatakan.

“Haritu ada orang missed call aku. Tapi aku lupa nak call balik.” Apek berkata.

“Cuba kau call sekarang.” Saran Rusydi.

Apek mengeluarkan handphonenya dan mendail nombor yang tiada nama itu.

“Hello… Assalamualaikum. Sorry haritu saya tak sempat nak angkat call dan siapa ni ya?”

Kami hanya melihat Apek bercakap dengan orang  tersebut.

“Apek, loud speaker lah. Kami nak dengar juga.”

Loud speaker dibuka.

“Oh haa Haziq. Ni pakcik. Ayah si Aidil. Haritu ada perkara penting pakcik nak bagitahu tapi tak angkat pula. Pakcik taknak call balik sebab berfikiran kamu dah tahu.”

“Bagitahu apa ya Pakcik.”

“Anak Pakcik, Aidil terlibat dengan kemalangan semasa nak balik ke rumah sewa. Dia dan dua lagi kawan meninggal di tempat kejadian. Langgar lari. Rasanya Pakcik dah maklumkan pada pihak kolej. Mereka tak maklumkan apa-apa pada kamu? Kalau belum, tak apalah. Pakcik cuma minta Haziq dan kawan-kawan halalkan makan minum anak Pakcik ya. Kalau arwah ada hutang apa-apa, bagitahu je Pakcik. Nanti Pakcik akan bank in. Ajal dah sampai dik. Pakcik pun dah redha. Maafkan semua kesalahan dia ya. Kalau ada masa, datanglah ziarah kubur arwah di Ipoh. Dan jangan lupa doakan arwah tenang di sana.”

Aku hampir terduduk. Hampir tidak percaya dengan apa yang aku baru saja dengar. Aidil, Ali dan Haikal dah meninggal dunia. Aku lihat Diniy, Rusydi dan Khalid sudah mengalirkan air mata. Semua yang berlaku terlalu pantas.

Tanpa sedar, air mata aku juga menitis di pipi. Ya Allah, kenapa….

“Sekarang kamu semua dah tahu kan? Yang ada di rumah ini selama ini bukan kawan-kawan kamu seperti yang dijangka. Itu cuma jelmaan. Roh mereka tidak tenang. Mereka kembali kerana ini tempat yang paling mereka ingat sebelum meninggal dunia. Mereka fikir mereka masih hidup. Tapi sekarang, jangan risau. Mereka tak akan kembali. Sudah tenang di alam sana. Tabahlah anak-anak. Ini semua dugaan. Allah beri sedikit ujian untuk kamu semua belajar. Terimalah kenyataan bahawa mereka sudah tiada. Sudah ajal. Doakan yang terbaik.” Ustaz memberi nasihat.

Kini, segalanya telah terjawab. Yang menganggu kami selama ini bukan ‘sesuatu’ daripada Istana Papan tetapi sahabat-sahabat kami sendiri. Patutlah masa dieorang balik haritu, aku rasa pelik. Kereta takda, beg takda. Dan baru aku faham kenapa pak guard dekat kolej pandang aku semacam haritu. Aku bawa orang yang dah meninggal dunia!

Aku sedih. Kami bertujuh sedih. Kehilangan ini sangat luar biasa. Tak pernah kami sangka percutian kami ke Cameron Highlands itulah saat terakhir yang terakhir bersama mereka. Tak sangka semua ini terjadi secepat ini. Kami bertujuh berpelukan antara satu sama lain, menghilangkan rasa sedih dan hiba yang membelengu.

Ali, Aidil dan Haikal,
Tenanglah korang dekat sana. Kami di sini tak akan pernah lupakan korang. Akan aku ingat setiap kali korang kejutkan aku setiap pagi untuk buat assignment. Ingatkan aku solat. Ingatkan aku supaya tak lupa makan sebab terlalu sibuk. Aku tak akan lupa semua tu. Kami halalkan segalanya. Terima kasih sebab ada pada waktu senang dan susah aku dekat rumah ni. Kenangan kita di rumah 155 ini akan kami simpan sampai bila-bila. Kami akan selalu rindukan kalian. Tenanglah di sana, sahabat. Sayang? Sayang sampai mati.

Selepas kejadian tu, kami bertujuh pun dah habis belajar. Tak sangka pengakhiran hidup kami di sini sangat menyedihkan. Sangat menyedihkan. Selepas ini, masing-masing akan punya hidup sendiri. Rumah 155 bakal menyimpan kenangan kita.  Bersepuluh. Selama-lamanya.

-------------------

2016

Aku meletakkan gambar itu di atas meja. Tiba-tiba sahaja teringat pasal kenangan di rumah 155 10 tahun yang lepas. Rindu. Satu perkataan yang tidak terluah.

“Sabarlah Man. Ada hikmah semuanya berlaku. Kita doakan je mereka bertiga tenang dekat sana. Dieorang pun mesti bangga kita masing-masing dah berjaya sekarang.” Ujar Rusydi.

“Betul tu.” tambah Diniy.

10 tahun telah berlalu. Ini bermakna sudah 10 tahun juga kami tinggal rumah itu. Tetapi, hari ini, kami bertujuh berkumpul kembali di kedai mamak untuk Euro 2016. Tak sangka kan. Sekarang, masing-masing sudah berjaya mencapai cita-cita. Ada yang sudah berkeluarga dah pun. Cuma tinggal aku  saja yang masih membujang. Siapa yang nak, sila pm. Sempat pulak aku promote diri kan.

“Walau apapun, kami semua masih sahabat sampai bila-bila. Kalau siapa nak keluar group kita ni, aku sebar gambar buruk masa tidur.”

Satu meja terbahak-bahak ketawa.

Tiba-tiba, handphone aku berkelip tanda ada mesej masuk. Aku masukkan kata laluan dan…..

Eh ni group ws Rumah 155. Aku bukan dah left ke haritu.

Tetapi alangkah terkejutnya aku bila terbaca.

“Guys, tengok ni.”

Aku menunjukkan apa yang aku baru baca pada semua. Semua kelihatannya terkejut.

Aidil: Korang, aku balik malam ni. Nak tengok bola dengan korang J
Ali: Aku pun.
Haikal: Aku juga.

TAMAT


9 comments:

  1. 😭😭😭 sedihnya 😭 kenal budak budak semua tu. Hmmm nice story man!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. sedih plus seram. sebab kenal semua. tu terbyg byg tu. Huwaa..πŸ˜–πŸ˜–

      Delete
  2. seram yg atas dah ending sedih gilaaaa, nice lah abg aiman ��✨

    ReplyDelete
  3. Power bhai storyline dia. Jrang aku baca sllunya. Kali ni abis πŸ‘»

    ReplyDelete
  4. Cayalah aiman πŸ’ͺ🏽πŸ’ͺ🏽

    ReplyDelete
  5. Baik la man. Menangis aku baca part last

    ReplyDelete
  6. Goodjob πŸ‘πŸ½

    ReplyDelete