Total Pageviews

Thursday, 27 August 2020

Aotearoa

TENTANG AKU.


Rindu. Sebuah nama indah yang diberikan ibu. Kata ibu, sejak aku wujud di hidupnya, akulah manusia yang sentiasa dirindukan. Perasaan itu mutual. Ibu juga bagi aku, harta yang tak akan pernah terganti dengan apa-apa di dunia. Kasih aku pada ibu setinggi langit, kerana hanya dia yang aku punya.


Ayah? Aku tak pernah punya ayah dan tak mampu aku bayangkan wujudnya dia. Di surat lahir, tiada satu pun tanda yang aku pernah memiliki ayah. “Maklumat tidak diketahui” ialah kenyataan yang tercatit dan seperti yang tertera, tak siapa mengetahui apa-apa tentang dia termasuk aku. Dan tidak pernah juga aku bertanyakan tentang ini pada ibu. Ini masa lalunya, yang mungkin kelam dan gelap.


Namaku binti Abdullah. Nama yang juga muncul di bibirku setiap kali mereka bertanyakan tentang ayah.


Tapi kisah ini bukan untuk aku menceritakan tentang dia. Tetapi, tentang aku. Perahu kertas yang berlabuh hatinya di Aotearoa.

*****


BERANJAK DEWASA.


- Wynyard Quarter, 2020. 10 malam. -

Malam ini aku sendiri. Terlentang aku memandang langit hitam yang menampakkan samar-samar awanan yang berlalu. Berlalu seperti manusia-manusia yang pernah hadir dalam hidup aku. Bersurai semuanya entah ke mana.

“Berbaring sentak tertawa

Tertawa dengan air mata

Mengingat bodohnya dunia

Dan kita yang masih saja

Berusaha....”

Lirik lagu puitis dan melodi melankolia Nadin Amizah yang berjudul Beranjak Dewasa menemani aku malam itu. Bait liriknya yang seakan memahami, menghentak jiwaku lagi. Air mata perlahan mengalir di pipi persis air laut di tepi jeti ini. Setiap air yang mengalir keluar daripada kornea mata itu ibarat meringankan satu rasa. Rasa yang tidak selalu hadir, tetapi dia ada.

Usai seberapa detik di tepi jeti itu, aku perlahan bangun dan memulakan gerak ke rumah. Gerak yang longlai. Langkah yang lemah. Dan rasa penat bersama keterpaksaan menghadap dunia.


*****

MASIH ADA HATI.

- Mount Eden Rd, 2020. 9 pagi. -

Aku memandang cermin, tenggelam bersama rasa menyesal kerana menyatakan “boleh” pada ajakan Aina malam tadi. Kekasih hati sibuk, jadi aku yang harus menjadi mangsa untuk menemaninya ke festival universiti pada hari minggu sebegini.

Malas. Saraf di otak dan tubuh tidak memberikan kerjasama yang selari dengan bibir yang menyatakan boleh. Jika tiada kuliah atau tugasan yang perlu disudahkan di kampus, aku lebih senang berada atas kamar empuk. Tenang bersama duniaku. Membaca karya-karya mereka yang sama jiwa tidakpun menconteng kanvas dengan warna-warna arkilik. Satu-satunya bakat yang diturunkan ibu kepadaku. Dan contenganku seabstrak jiwaku, tidak membenar aku untuk berasa bahagia apabila bersosial atau bersesak dalam keramaian orang.

Kali ini saja. Demi Aina.

Sejak aku memutuskan untuk berhijrah ke bumi Aoteroa ini bagi melanjut kuliah hampir dua tahun lalu, Aina dan Farah yang bersama aku sejak hari satu dan sanggup berkongsi setiap rasa. Merekalah yang sentiasa ada di saat aku perlukan telinga untuk mendengar tentang hari-hariku yang selalu hambar, yang membekalkan ubat-ubatan ketika tubuh ini sesekali tidak mahu bekerja dan menjadi punca ketawa yang terwujud di wajah aku sekali sekala. Tidak sering tetapi mereka sentiasa berusaha.

“Rindu dah siap ke? Kita dah lambat ni.” Sampuk halus Aina di pintu bilik air, membuat aku tersentak daripada lamunan.

“Ya sekejap.... bagi Rindu 5 minit!” Jawab aku. Walaupun aku tak berapa pasti berapa waktu lagi aku perlukan. Kih kih.

“Okay! 5 minit je tau! Aina taknak terlepas bas selepas ni, nanti kena tunggu lagi!”

Aku hanya tersenyum. Aina paling tak gemar jika tertinggal bas. Tambahan, bas di depan kediaman kami ini selangnya sedikit lama daripada bas-bas yang lain.

Aku calitkan sedikit gincu coklat cair di bibir. Dan seusai itu, aku sapukan dua titis serum pada rambut yang separas bahu.

Outfit aku ringkas. Hanya blouse hitam, jeans biru dan outerwear untuk mengelak kesejukkan. Angin udara di Auckland tidak menentu, musim panas jugak boleh terasa gigilnya. Jadi aku akan membawa baju tebal ke mana-mana. Sebagai persedian awal, untuk urat-urat di tubuh yang tidak mampu menahan dingin.

Pintu bilik air dikuak luas. Terlihat Aina yang fokus dengan telefon pintarnya sambil tersenyum kucing. Tertanggap dengan kata manis kekasih Gelato lah tu!

“Aina fikir Rindu nak tidur terus dalam bilik air tu.....” Perli Aina, sejurus menyedari keluarnya aku daripada bilik air.

“Rindu dah siap dah ni! Jom kita gerak. Nanti dekat sana, Rindu belanja Aina aiskrim. Cakap je nak Ben N Jerry ke...... New Zealand Neutral ke........ nak jumpa Amir dekat Gelato Island.... ”

Tangkap! Aina senyum kucing lagi! Eleh macamlah kita tak tahu yang dia tu memang nak ke sana selepas festival nanti sebab nak bertemu kekasih hati yang terpaksa ganti shift hari ini.

“Pandai ya ambik hati........”

“Rindu walaupun tak ada kekasih, tapi masih ada hati.”


*****


AMIN PALING SERIUS.

Sesak. Ramai. Dua kata ini sahaja cukup untuk aku mengambarkan suasana di festival itu. Cukup juga untuk membuat aku lemas. Cukup lemas.


Dari kejauhan, aku lihat Aina saling berpelukan dengan rakan-rakannya yang berjualan di festival itu. Manakala, aku..... Hanya bersidai di tepian menunggu masa untuk pulang. Betul kata mereka, aku memang tidak pantas dibawa bersosial. Tapi gasaklah, aku hanya mahu pulang. Semakin beranjak dewasa, semakin aku tidak suka untuk berada di tempat keramaian. Jiwaku tidak tenang. Keadaan sebegini seakan membius rasa takut dan bimbang yang drastik yang membuat detak jantungku seperti berdegup sejuta kali lebih pantas. AH, AKU MAHU PULANG!


Botol minuman di tepi beg dicapai. Auckland ini walaupun anginnya dingin, cukup mampu menimbul kehausan seperti berpusing padang 10 kitaran. Tetapi di ketika ini, aku tidak pasti samaada cuaca atau kesesakan manusia ini yang membuat tekakku terasa sungguh kering. Air yang mengalir laju membasahi esofagus membuang sedikit rasa tidak tenang ini.


Aku letak kembali botol di tepi beg. Tapi semasa aku mengambil tadi, tiada bola kecil itu di sini. Aku mengambil bola berwarna jingga itu, memandang sekeliling mencari sang pemilik.


Kiri, tiada. Kalih pula aku ke kanan,


Jantungku terasa kencang. Darah seperti mengalir lebih cepat, seperti mahu berperang.


"Tak mungkin. Salah orang. Ini bukan dia." Ucapku dalam hati. Tidak terkeluar satu pun kata ketika itu. Aku masih pegun. Tidak percaya dengan apa yang aku saksi hari ini.


"Hi there, can I have the ball back?" Pinta suara itu. Suara yang cukup aku kenali. Tidak jauh berubah seperti 6 tahun lalu. Masih sama kedengaran di cuping telinga.


Mulutku masih berkunci. Hanya tangan laju melakukan kerja menyerahkan semula bola itu kepada pemiliknya. Tanpa aku sedar, lama aku memandang dia. Cuba mencerna apa kemahuan Tuhan di sebalik pertemuan semula ini.


"Eh, Rin kan?! Rindu? SMK Anjung Permai?"


Tersentak aku mendengar nama tempat itu. Seperti biasa didengari. Aku kembali ke realiti, mendapat jawapan yang aku cari beberapa minit lalu. Pasti! Dia, Panji!


Aku hanya memberi senyum sebagai balasan.


"Sorry Panji betul-betul tak cam Rin tadi.. Nampak lain betul, Sebab dulu kan Rin ber....." Isyarat tangan diberi menyambung ayatnya itu. Berhijab. Bertudung. Ya, dulu aku bertudung. Atas perintah ibu. Dan aku tidak punya alasan yang pasti mengapa aku tidak mengenakan sebarang pakaian di atas kepala lagi.


"Sihat?" Tanyaku sepatah, memotong rasa kekok antara kami.


"Alhamdulillah. Sihat. Rin macam mana? Macam mana boleh sampai sini? Sejak bila?" Bertalu-talu soalan yang diberikan.


"Yang mana Rin patut jawab dulu?" Tanyaku berseloroh. Aku lihat Panji hanya tersenyum.


"Rin sampai sini dua tahun lepas, sambung degree lepas habis diploma. Last minute dapat tajaan kerajaan. Panji?"


"I see.... Untung Rin jadi budak pandai daripada sekolah lagi. Panji lepas je habis SPM sambung Asasi. Tapi banyak main, tak lepas pointer untuk dapat tajaan. Jadi, datang sini pun atas ihsan ibu ayah."


"Jalan kita berbeza tapi destinasi kita sama. Cantik aturan Tuhan. Masih dengan kartunis?" Cukup aku kenal Panji dulu. Terkenal dengan lukisan kartunnya. Tanpa dia tahu, aku peminat nombor 1 setiap komik yang dia karang. Bagi aku, imaginasinya hebat. Dapat mewujudkan dongengan yang tak terbayang orang kebiasaan.


"Oh, Rin masih ingat?"


Sedangkan perasaan ini masih kekal seperti 6 tahun lepas. Inikan pula setiap inci tentang kau, Panji.


"Apa dia?"


"Eh Rindu ada cakap apa-apa ke?"


"Mungkin ada, dalam hati."


Tersedak aku. Mana dia tahu.


Dia tergelak kecil. "Panji gurau je. Rindu masih macam dulu. Senang berubah muka bila dikacau. Oh ya, lupa nak tanya. Rindu tak datang kan reunion batch kita tiga tahun lepas? Kenapa?"


"Sebab dah tak kawan."


"Termasuk Panji ke?"


"Mungkin."


"Boleh Panji jadi kawan semula?"


"Insha-Allah."


"Amin!"


Petang itu aku bersama Panji sepanjang hari kerana Aina terpaksa beransur menemui buah hatinya di Harbour Place. Kami berbicara panjang. Tentang macam-macam hal. Sesekali menyinggah masuk ke kenangan di zaman persekolahan bertahun lalu. Tentang kami. Dan macam-macam lagi. Sekali pecah ketawaku dengan gurauan Panji. Dia, masih sama seperti dulu.


Panji seorang pelajar seni bina. Maafkan aku, GRADUAN seni bina. Selain daripada melakar fizikal bangunan dan interior sekitarnya sebagai tugas hakiki, dia juga banyak menyertai aktiviti sukarela di sini. Dan keberadaan dia di kampus hari ini pun kerana untuk mempromosikan kelab sukarela itu kepada umum. Sempat dia membawa aku ke booth kelabnya. Menarik. Daripada memberi makan kepada gelandangan di sekitar bandar Auckland, menziarahi kampung kaum indigenous di Northland dan menyelusuri budaya pelbagai etnik lain di bumi Selandia Baru ini. 


Hari ini dalam diam membuat aku kagum seorang Panji lagi. Aku kagum dengan kehidupannya. Aku mengagumi fikirannya. Cemerlang daripada pelbagai bucu. 


Justeru, aku harap amin itu serius. Paling serius.


*****

AKU YANG RASA.

Queen’s Wharf, 2020.

“Tolong Ayah.... Rindu lapar....”

“Kau lapar? Kau ingat aku siapa nak bagi kau makan? Mak kau?!”

“Tolong.....”

Rambut aku direntap kuat. Penuh dendam. Penuh benci.

“Eh kau dengar ni elok elok. Kau tu bukan anak aku tau. Aku kahwin dengan mak kau, bukan nak dapat anak jahanam macam kau! Kau kena faham benda ni sampai kau mampus!”

Walaupun sudah 12 tahun pergi, kesat kata ini masih bermain di fikiran aku. Malam ini dia datang menyinggah. Datang kembali untuk menghantui. Lebih aku cuba untuk lupa, semakin kuat suara itu kudengari. Kesakitan itu semakin membekas.

Dada terasa sesak. Satu persatu perkara meluru masuk ke saraf otak menyuap rasa itu. Rasa sepi, rasa kehilangan, rasa kebencian, semua bercampur menjadi satu. Air mata jatuh tanpa henti. Lenjun, seperti air terjun.

Aku menekup mulutku dengan tapak tangan, menahan segala bunyi untuk keluar. Aku penat. Sakit. Badanku mengigil kuat.

Tuhan.... jika hari ini penamat buat aku, aku redha. Aku sungguh tidak mampu. Harapan aku putus.

“Rindu!”

Badanku direntap pantas, menghalang aku untuk terjun daripada jeti tu.

Pandangan aku samar. Tapi suara itu aku cukup biasa.

“Apa Rindu buat ni? Dah gila ke apa?!”

Aku tak mampu untuk berbalas kata. Fikiranku masih berkeceramuk. Membiarkan dia marah seorang diri. Tiada apa yang aku dapat cerna waktu itu. Semuanya gelap. Kompleksi rasa yang aku tak sendiri tidak tahu bagaimana untuk diceritakan.

Badanku dipeluk kuat. Diselimutkan dengan rasa hangat daripada tubuh si peminjam haba. Tanpa aku sedar, aku terasa sedikit tenang. Dan terlindung. Tapi, itu tak dapat menghalang air mata untuk terus jatuh, bahkan esakan semakin menjadi-jadi.

“Menangislah sepuas hati.... Panji ada dekat sini. Panji ada untuk Rindu.”

Rasa sakit itu rasa kebah mendengar kata-kata ini. Mata itu tertutup. Menikmati perlindungan yang tidak selalu hadir ini.

“Terima kasih.....” Hanya itu yang mampu aku keluarkan. Walaupun hanya Tuhan yang tahu betapa aku mensyukuri kehadiran itu.









Perbezaan itu menjadikan kita unik, lain di mata setiap manusia. Tetapi perbezaan itu juga bisa menjadi sesuatu yang sungguh menyakitkan. Lagi-lagi apabila perbezaan itu tersimpan lama dalam diri dan tidak boleh dikhabarkan. 

........

Wynyard Quarter, 2020. 


Malam itu tera



Panji - Lelaki

Sayang - Wanita 

Plot cerita 

Cerita tentang 



No comments:

Post a Comment